Sebuah Pementasan bertaraf dunia yang akan dibawa oleh Eeman Corporation Sdn. Bhd [Eeman], menjanjikan persembahan rancak penuh bertenaga untuk penonton Malaysia dan Asia keseluruhannya. Penampilan para pemuzik dan penari-penari profesional antarabangsa dari Amerika Syarikat yang terkemuka dan disegani di pentas dunia pasti menjanjikan satu sajian halwa mata dan telinga yang luar biasa dengan keunikannya tersendiri. Pementasan sensasi aneka warna ini akan menghidupkan nilai-nilai artistik pakaian dan solekan dengan kesan penataan cahaya yang terkini dmi memanipulasikan emosi dan persepsi penonton.