Sebuah produksi Shawn Amer, Mask Team mempersembahkan - Teater Tarik Picu. Teater Tarik Picu merupakan sebuah pementasan yang merungkai erti kesetiaan dan maruah yang tergadai serta memaparkan sisi gelap kehidupan, tekanan realiti dan kesan daripada keputusan masa lalu yang membuatkan mereka ini terperangkap dalam mencari jalan keluar.
Namun, semakin mereka cuba melepaskan diri, semakin dalam mereka terjebak dalam situasi yang tidak dijangka. Setiap tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah hanya membawa kepada konflik yang lebih besar. Dalam keadaan itu, mereka turut terheret ke dalam kemelut yang tiada jalan penyelesaian. Tanpa pilihan, mereka semua terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan, ancaman dan keputusan sukar dalam situasi yang bukan pilihan mereka.
Apabila titik pertemuan dan konflik bermula, ia bukan lagi sekadar tentang sebuah jalan keluar, tetapi tentang ujian kekeluargaan, persahabatan dan hilangnya sebuah kepercayaan. Penonton akan dibawa menyelami erti manipulasi, konflik dalam jiwa dan harga yang terpaksa dibayar demi mempertahankan diri serta nyawa. Dan di akhirnya, satu persoalan besar akan menentukan segalanya, apabila rahsia mula terbongkar, siapakah yang akhirnya benar-benar akan terselamat?
Genre Persembahan: Thriller Jenayah
Bahasa Persembahan: Bahasa Melayu
